2025-09-04 HaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,3 September – Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyiar nasional dengan memperluas platform digital menerusi RTMKlik.
Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman berkata,inisiatif itu membuka ruang lebih besar untuk mengetengahkan bakat baharu,selain memastikan RTM kekal relevan kepada penonton pada masa kini.
“RTM pada hakikatnya adalah gudang kandungan. Dengan adanya RTMKlik,kita boleh hasilkan pelbagai bentuk program,sama ada 10 minit,setengah jam atau sejam,tanpa kekangan jadual siaran.
"Ini peluang besar untuk mengetengahkan bakat baharu melalui program muzik dan video pendek,” katanya selepas majlis sidang media Kemuncak Bintang Klasik 2025 di sini.
Beliau berkata,platform digital RTMKlik kini telah mencecah lebih 64 juta tontonan,membuktikan penerimaan masyarakat terhadap transformasi kandungan RTM.
“Pendekatan ini menjadikan RTM seakan bertindak sebagai ‘talent agent’ yang membina populariti bakat baharu sebelum mereka diterima lebih meluas di platform lain.
"Kita mahu orang selalu lihat dan dengar mereka,sama ada di televisyen atau di telefon pintar,” jelasnya lagi.
Datuk Suhaimi turut menegaskan kepelbagaian yang dimiliki RTM,termasuk sokongan stesen radio seperti Minnal FM dan Ai FM yang memperkenalkan bakat dalam bahasa Tamil dan Mandarin.
Jelasnya,usaha itu melambangkan peranan RTM sebagai platform inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Menyentuh mengenai kemuncak Bintang Klasik 2025,beliau menyatakan rasa bangga apabila peserta muda tampil menyanyikan lagu-lagu klasik,sekali gus membuktikan muzik lama masih relevan.
“Bila generasi muda minat menyanyikan lagu seperti Saloma atau Rokiah Wanda,ia menunjukkan muzik klasik kekal relevan. Inilah yang memastikan RTM terus hidup dengan menyesuaikan kandungan agar sentiasa dekat dengan penonton,” ujarnya.
Dalam pada itu,beliau turut berpesan kepada enam finalis pertandingan tersebut supaya menekankan kepentingan ilmu,selain bakat semata-mata.
“Ilmu itu sangat penting. Bukan sahaja ilmu muzik,tetapi juga bagaimana berkomunikasi,membawa diri dalam majlis,dan memahami penonton. Di negara-negara Barat,penyanyi boleh bertahan lama kerana mereka berilmu dan sentiasa belajar. Itulah yang kita mahu lahirkan di Malaysia,” katanya lagi.
Tambahnya,RTM bersama Orkestra RTM juga akan terus mempersembahkan muzik dengan susunan yang segar agar sesuai dengan cita rasa semasa,namun tetap mengekalkan nilai klasik.
Kemuncak Bintang Klasik 2025 kali ini bakal menyajikan sebuah persembahan penuh elegan yang meraikan keindahan seni dan tradisi muzik klasik dengan bertemakan "Malam Irama Seribu Bintang" dengan konsep pakaian 'Classic Red and Gold'.
Enam Sitara iaitu Ranisha,Syaimaa,Azmirul,Saiful,Hakimi dan Ikmal,bakal berentap pada 27 September depan bagi merebut gelaran juara.
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04
09-04