2025-08-28 HaiPress
Datuk Mustamir Mohamad
PETALING JAYA,27 Ogos – Pelaksanaan penyasaran subsidi bersasar RON95 dijangka tidak memberi kesan ketara kepada industri automotif tempatan,khususnya dari segi jualan kenderaan.
Pengarah Urusan UMW,Datuk Mustamir Mohamad berkata,dasar kerajaan yang menyokong pertumbuhan pasaran masih mampu merangsang permintaan,terutama dalam segmen kereta mampu milik dan sederhana.
"Terdapat beberapa perkembangan positif dalam industri automotif negara antaranya kenaikan gaji minimum,peningkatan gaji penjawat awam serta kemasukan lebih banyak pelaburan langsung asing.
"Faktor-faktor ini dijangka terus mendorong peningkatan jualan kenderaan,terutamanya dalam segmen kereta mampu milik dan sederhana," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas mengumumkan keputusan kewangan Sime Darby Berhad bagi tahun kewangan 2025 (TK2025) di sini.
Datuk Mustamir turut optimis jualan kenderaan keseluruhan industri (TIV) berpotensi mencecah antara 790,000 hingga 800,000 unit pada akhir tahun ini.
Bagaimanapun,penurunan unjuran TIV Persatuan Automotif Malaysia (MAA) kepada 780,000 unit pada 2025 dipengaruhi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang perlahan serta ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat.
Mengulas mengenai insentif pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik pemasangan tempatan (CKD) yang tamat pada 2027,syarikat automatif utama Malaysia itu optimis masih mampu berdaya saing,memandangkan sudah ada beberapa pengeluar utama yang beroperasi di Malaysia.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025,Sime Darby merekodkan keuntungan bersih RM2.06 bilion,susut 37.7 peratus berbanding RM3.31 bilion tahun sebelumnya.
Penurunan itu berikutan ketiadaan keuntungan sekali berjumlah RM2 bilion hasil penjualan perniagaan penjagaan kesihatan pada 2024.
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28