Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Institusi tempatan catat aliran belian untuk minggu keempat berturut-turut

2025-08-25 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,25 Ogos - Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut minggu lepas,melibatkan dana berjumlah RM391.8 juta.

Sebaliknya,peruncit tempatan meneruskan aliran jualan bersih bagi tempoh dua minggu berturut-turut,dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM77.3 juta.

Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB),pelabur asing pula meneruskan aliran jualan bersih untuk tujuh minggu berturut-turut,dengan aliran keluar bersih sebanyak RM314.4 juta.

"Pelabur asing merupakan penjual bersih sepanjang minggu tersebut kecuali pada Jumaat dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM177.2 juta,"jelas MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana Mingguannya.

Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih pada minggu lepas ialah produk perindustrian dan perkhidmatan (RM136.7 juta),pembinaan (RM133.0 juta) dan perladangan (RM56.8 juta).

Sementara itu,tiga sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah telekomunikasi dan media (RM154.2 juta),produk dan perkhidmatan pengguna (RM145.2 juta) serta perkhidmatan kewangan (RM119.8 juta).

"Purata jumlah dagangan harian mencatatkan peningkatan secara menyeluruh minggu lepas,dengan pelabur asing dan institusi tempatan,masing-masing meningkat sebanyak 10 peratus dan 14.5 peratus. Manakala pelabur runcit mencatatkan peningkatan yang lebih sederhana sebanyak 8.6 peratus,''menurut kenyataan MBSB.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap