2025-08-25 HaiPress
Bangunan JP Morgan Chase & Co. di New York.
PUTRAJAYA,22 Ogos - Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase hari ini mengumumkan bahawa semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),telah diselesaikan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,di bawah perjanjian penyelesaian itu,JPMorganChase akan menyumbang sebanyak RM1.4 bilion (AS$330 juta) ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia,tanpa pengakuan liabiliti.
Perjanjian berkenaan meliputi semua tuntutan sedia ada dan berpotensi,sekali gus menamatkan sebarang tindakan undang-undang atau litigasi pada masa hadapan berkaitan 1MDB.
Kedua-dua pihak turut bersetuju menarik balik semua rayuan yang masih tergantung berhubung saman yang difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25