2025-08-21 HaiPress
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,20 Ogos -Kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah yang pertama didakwa bawah Seksyen 507C(1) Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang memperuntukan kesalahan bagi perbuatan membuli.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,pelaksanaan pindaan terhadap Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan memperkukuh kuasa undang-undang ke atas perbuatan jenayah buli.
Menurut beliau,sejak pindaan itu berkuat kuasa,pihak polis telah membuka sebanyak 11 kertas siasatan melibatkan kes buli di seluruh negara.
"Kertas siasatan ini masing-masing ada bawah Seksyen 507B,507C dan sebagainya,ini menunjukkan bahawa adanya penambahbaikan undang-undang itu yang membolehkan polis bertindak.
"Sekarang ini,macam kes Allahyarham Zara misalnya yang sudah dituduh hari ini,itu adalah tuduhan bawah satu daripada seksyen yang kita pinda sebelum ini,menjadikan ini kes yang pertama kita tuduh," katanya di pada sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN),di Dewan Rakyat,
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif serta menyeluruh termasuk buli siber telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember tahun lepas dan Dewan Negara pada 16 Disember pada tahun sama.
Sehubungan itu katanya,KDN mahu polis bertindak pantas menyiasat setiap laporan membabitkan perbuatan buli yang diterima.
Beliau juga menyeru semua pihak agar tidak memainkan sentimen atau membuat gambaran yang tidak tepat .
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21
08-21