Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Perarakan Armada Tentera Laut ASEAN warnai George Town 18-22 Ogos

2025-08-15 HaiPress

Panglima Wilayah Laut 3,Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin

GEORGE TOWN,15 Ogos – Perarakan Armada Tentera Laut ASEAN (ANCP) sempena Mesyuarat Panglima Tentera Laut ASEAN (ANCM) ke-19 di Padang Kota Lama,George Town,bakal menawarkan pengalaman luar biasa kepada pengunjung mengenai tradisi maritim negara-negara anggota ASEAN.

Bermula 18 hingga 22 Ogos ini,George Town akan menjadi tumpuan utama warga Pulau Pinang dan pengunjung dari seluruh negara. Selain membincangkan isu keselamatan maritim,anggota tentera laut ASEAN akan mempamerkan kekuatan armada masing-masing.

Pelbagai kapal perang negara anggota akan berlabuh di Pelabuhan Swettenham Pier dan dibuka kepada orang ramai.

Panglima Wilayah Laut 3,Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin,berkata perarakan tersebut merupakan tradisi tentera laut setiap kali diadakan di bandar terpilih.

“Bersempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025,ANCP ini adalah antara acara tradisi tentera laut untuk berarak di bandar-bandar terpilih,” katanya kepada RTM selepas Program Bicara Prisma di konti Mutiara FM.

Selain lawatan kapal,pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan armada maritim ASEAN,demonstrasi ketenteraan,persembahan pancaragam sekolah-sekolah terpilih,serta pelbagai aktiviti lain.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap