Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pentarama JAPEN bakal meriahkan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025

2025-08-14 HaiPress

Mohd Azlan Helmi

IPOH,14 Ogos - Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2025 kembali diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah,Meru,Ipoh,esok.

Exco Komunikasi,Multimedia dan NGO Negeri,Mohd Azlan Helmi berkata,program akan diserikan kehadiran Pentarama Jabatan Penerangan @ HoHo dengan kerjasama Perak Transit.

Jelasnya,pengunjung juga dapat menyaksikan pelepasan konvoi Kembara Malaysia Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Perak serta aktiviti 'Night Walk' dengan penyertaan 400 peserta di sekeliling tapak program.

"Jadi pada pukul 3.00 petang,program akan bermula dan dimeriahkan dengan gerai pameran,jualan rahmah,dan banyak lagi. Kemuncaknya adalah pada pukul 8.30 malam. Yang Amat Berhormat menteri besar akan hadir menyampaikan amanat dan disertai dengan persembahan artis," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi wawancara bersama stesen radio PERAKfm.

Tambahnya,beberapa agensi kerajaan akan memeriahkan konvoi antaranya termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),Digital Perak,Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kelab Permotoran ST Malaysia Motorcycle Club (STMMC).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap