Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Mercu tanda Kampung Kerinchi, usaha kekalkan warisan dan identiti kawasan

2025-08-14 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 Ogos – Sebagai usaha memartabatkan nama,sejarah dan identiti 'Kampung Kerinchi',satu mercu tanda telah dibina dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),Persatuan Waris Kerinchi dan Persatuan Tiga Luar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai,merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu bertujuan memberi peringatan dan penghormatan kepada sejarah serta identiti Kampung Kerinchi,selaras dengan usaha yang telah dimulakan sejak penggal pertama beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

“Usaha ini tidak terhenti di sini. Antara langkah seterusnya ialah membina satu lagi mercu tanda di laluan masuk lain ke Kampung Kerinchi dan mewartakan kawasan ini sebagai kawasan rasmi Kampung Kerinchi,” katanya selepas merasmikan Mercu Tanda Kampung Kerinchi,hari ini.

Dalam pada itu,beliau turut mengusulkan dasar perumahan yang memberi keutamaan kepada anak-anak penduduk asal Kampung Kerinchi dalam projek perumahan mampu milik,termasuk Residensi Wilayah dan Residensi Madani,dengan sasaran 50 hingga 60 peratus unit diperuntukkan kepada mereka.

"Saya juga telah minta supaya sekiranya ada projek-projek pembangunan termasuk rumah mampu milik,Residensi Wilayah atau Residensi MADANI,maka perlu ada satu dasar yang memastikan mungkin dalam 50 hingga 60 peratus daripada pembeli itu diberikan keutamaan kepada anak-anak dari kawasan ini.

"Kalau kita lihat Persatuan Waris Kerinchi ramai di kalangan mereka yang sekarang tinggal di luar kawasan ini tapi kita harapkan ada kalangan mereka,anak-anak mereka yang mampu membeli rumah di kawasan sini," katanya.

Datuk Fahmi juga memaklumkan,pihaknya sebelum ini telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar seperti Touch ‘n Go Digital telah menganjurkan beberapa program bersama anak-anak Kampung Kerinchi antaranya latihan industri (internship) dan hari terbuka (open day).

Langkah itu bagi memastikan penduduk setempat bukan sahaja berada secara fizikal,malah anak-anak juga mendapat pendedahan peluang kerjaya di syarikat-syarikat besar yang berpengakalan di kawasan tersebut.

Jelasnya lagi,kedudukan Kampung Kerinchi yang strategik merangkumi pelbagai kawasan termasuk Bangsar South,Pantai Hill Park dan beberapa pembangunan lain,menjadikannya sebuah kawasan yang luas dan berpotensi besar untuk terus dimajukan tanpa mengabaikan warisan penduduk asal.

Sementara itu,Pengerusi Persatuan Waris Kerinchi,Burhanuddin Hasan,75 tahun,menzahirkan rasa bangga dengan terbinanya mercu tanda tersebut yang menjadi impian penduduk selama ini.

"Perasaannya sangat bangga,satu impian harapan pasal apa harapan kitaorang di kampung kerinchi ni memang kita mahukan satu tanda mercu yang menunjukkan identiti tu Kampung Kerinchi.

"Saya bangga,ia menunjukan sejarah itu tidak pupus dari pembukaan asalnya hutan sampai sekarang dia dah jadi satu pembangunan",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap