2025-08-12 HaiPress
Foto Hiasan
PUTRAJAYA,11 OGOS – Sektor pembinaan mengekalkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 12.9 peratus,dengan nilai kerja mencecah RM43.9 bilion pada suku kedua 2025.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan bahawa nilai kerja dalam sektor pembinaan berjumlah RM43.9 bilion pada suku kedua 2025,mencatatkan pertumbuhan sebanyak 12.9 peratus,berikutan peningkatan 16.6 peratus pada suku sebelumnya.
"Pertumbuhan in didorong oleh pengembangan berterusan dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan bukan kediaman,yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit yang ketara sebanyak 22.2 peratus dan 16.2 peratus.
"Subsektor bangunan kediaman turut menyumbang dengan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 13.9 peratus," katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu,subsektor kejuruteraan awam mengekalkan trend positif dengan pertumbuhan marginal sebanyak 7.5 peratus.
Sektor swasta pula kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam sektor pembinaan,menyumbang RM28.2 bilion atau 64.2 peratus daripada jumlah nilai keseluruhan.
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12