Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

CTRM ambil alih Spirit MY pada AS$95.2 juta, pacu peluang aeroangkasa

2025-08-12 HaiPress

Foto hiasan

SHAH ALAM,11 Ogos – Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM),anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad,telah menandatangani perjanjian bersyarat pembelian saham dengan Spirit AeroSystems dan Spirit AeroSystems International Holdings.

Perjanjian itu bagi pengambilalihan Spirit AeroSystems Malaysia Sdn Bhd (Spirit MY) dengan nilai perusahaan sebanyak AS$95.2 juta.

Menerusi kenyataan,syarikat itu memaklumkan transaksi itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan serta pematuhan semua syarat yang ditetapkan.

CTRM yang diiktiraf sebagai pembekal utama komposit aeroangkasa global,mempunyai kepakaran dalam pembangunan dan pengeluaran komponen subperhimpunan komposit untuk industri aeroangkasa.

Manakala Spirit MY merupakan penyedia komponen kejuruteraan dan pembuatan bertaraf dunia kepada pengeluar peralatan asal (OEM) global.

Pengambilalihan itu dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan kompetitif syarikat dalam industri aeroangkasa dengan menambah kepakaran dalam bidang aerostruktur,meningkatkan skala operasi,kecekapan serta pertumbuhan.

Ia juga dijangka memperluas hubungan dengan Airbus dan Boeing,selain mengukuhkan kehadiran dalam rantaian bekalan global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap