2025-08-11 HaiPress
Foto JIM Labuan
LABUAN,11 Ogos - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan seorang warga Filipina dan mengeluarkan enam borang Imm.29 iaitu Saman Kepada Saksi.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Labuan,Raymond Entalai dalam satu kenyataan memaklumkan,penahanan dan saman itu susulan pemeriksaan ke atas 70 individu terdiri daripada 61 warganegara Malaysia dan sembilan warganegara Filipina di enam premis pusat hiburan dan satu lokasi di sekitar bandar Labuan.
Lelaki warga Filipina itu ditahan kerana dipercayai melanggar peruntukan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah berada di Malaysia.
"Kaedah operasi dan Omni Present diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu pelanggaran undang-undang keimigresenan yang akan diperluas ke sektor lain selain sektor pembinaan,perkhidmatan,hiburan dan minyak dan gas," menurut kenyataan itu.
Operasi berkenaan dijalankan bermula 9.00 malam Sabtu hingga 7.00 pagi Ahad.
JIM mengulangi komitmen untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Imigresen 1959/63,Akta Pasport 1966,Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),termasuk mereka yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15
08-15