Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

MTHQA: Ribuan hadir saksikan persembahan qari negara

2025-08-08 HaiPress

Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan/ Foto JAKIM

KUALA LUMPUR,8 Ogos - Hampir 3,000 penonton hadir memenuhi setiap ruang Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan qari negara sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-65 malam tadi.

Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan bersyukur kerana telah melakukan yang terbaik dan menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadapnya.

"Saya rasa seronok bila ramai macam ini datang menyokong saya dan menyokong kita,peserta Malaysia. Saya rasa gembira dan seronoklah,alhamdulillah,tengok pada rezeki jugalah.

"Cuma,kalau dibandingkan dengan dulu,waktu kali pertama saya masuk,mungkin saya agak gopoh dan juga masih kurang matang daripada segi kemahiran taranum,tajwid,fasahah,waqaf,ibtida’ dan sebagainya. Alhamdulillah,saya sudah pun meningkatkan bahagian itu," katanya di sini.

Turut mengalunkan kalam suci Allah itu adalah peserta dari negara Indonesia,Ahmad Azroi Hasibuan,Fatoumata Binta Diallo (Senegal),Nor Muhammad Ali (Singapura),Ayman Mansour Abdelaziz Metwaly Darwish (Mesir) dan Fathima Ashiqa Mohamed Iflal (Sri Lanka).

Sementara itu,qariah negara,Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi akan mengalunkan kalam suci Allah pada malam ini bersama lima lagi peserta.

Bakal melabuhkan tirai esok,seramai 43 peserta kategori tilawah telah memperdengar bacaan masing-masing bermula 2 Ogos lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap