Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Defisit fiskal RMK13 sejajar dengan FRA

2025-08-07 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR,5 Ogos - Penetapan sasaran kadar defisit fiskal tiga peratus bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah sejajar dengan matlamat yang digariskan dalam Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan,sasaran itu mampu dicapai berdasarkan trend penurunan defisit yang konsisten selain menunjukkan Malaysia berada di landasan fiskal yang kukuh.

"Kita perlu mencari keseimbangan antara usaha mengurangkan defisit belanjawan dengan keperluan perbelanjaan pembangunan negara. Dalam RMK13,kita laksanakan keseimbangan ini berpandukan kepada apa yang digariskan dalam FRA.

''Akta itu menetapkan bahawa dalam jangka sederhana,kapasiti fiskal negara perlu menurun ke paras bawah tiga peratus. Kita dapat lihat memang sudah berlaku banyak perubahan dan penambahbaikan ke arah itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan di ibu negara,hari ini.

Pencapaian semasa menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan defisit berkurang daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 5.0 peratus (2023),4.1 peratus (2024) dan disasarkan menunjukkan trend penurunan pada 2025 iaitu pada 3.8 peratus.

Sebelum ini,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pencapaian tu mencerminkan kedudukan fiskal negara yang stabil,selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pembentukan hutang baharu setiap tahun ke arah mencapai sasaran defisit tiga peratus dalam jangka sederhana.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap