Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kawal selia BNPL, lindungi pengguna

2025-08-04 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 Ogos - Kerajaan melalui Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) memperkenalkan rangka kerja pengawalseliaan menyeluruh dan bersepadu bagi industri pemberi kredit bukan bank.


Ini termasuk bagi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later,BNPL) yang kian popular dalam kalangan pengguna muda.


Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,bawah Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP) yang akan dilaksanakan kelak,semua penyedia BNPL diwajibkan untuk mematuhi prinsip pemberian kredit yang bertanggungjawab.


"Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan memantau pematuhan industri BNPL terhadap keperluan pelakuan tertentu. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan yang memudaratkan pengguna kredit,SKP mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya," katanya.

Antara yang dipantau ialah keperluan menjalankan penilaian kemampuan berhutang sebelum sebarang pembiayaan ditawarkan kepada pengguna,menetapkan terma urus niaga yang adil,serta mengenakan caj yang telus dan tidak membebankan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap