2025-07-11 IDOPRESS
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah)/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,11 Julai - Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung prosiding penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berlangsung semalam.
Ahli PAC,Sim Tze Tzin ketika dihubungi media tempatan memaklumkan sesi prosiding berjalan lancar dengan semua soalan dijawab secara terbuka dan telus oleh Amir Hamzah.
“Prosiding baru sahaja selesai. Kami akan meneliti laporan penuh selepas ini. Secara keseluruhan,ia berjalan dengan baik dan Datuk Seri Amir Hamzah memberikan jawapan yang jelas dan responsif,” katanya.
Sementara itu,Pengerusi PAC,Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan prosiding bersama Amir Hamzah merupakan sesi ketujuh yang dijalankan minggu ini dan berlangsung selama dua jam 35 minit.
Beliau turut memaklumkan kenyataan rasmi mengenai prosiding tersebut akan dikeluarkan hari ini.
Terdahulu,pemanggilan Menteri Kewangan II itu merupakan sebahagian daripada prosiding berterusan PAC berkaitan pengurusan lapangan terbang awam melibatkan beberapa agensi termasuk Kementerian Kewangan,MAHB,Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sepanjang minggu ini,PAC telah memanggil enam saksi utama antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB,Raja Azmi Raja Nazuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB),Lee Jim Leng; dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP,Datuk Nik Amlizan Mohamad.
Turut dipanggil,Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB),Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia,Datuk Fad’l Mohamed; dan Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),Datuk Zain Azhari Mazlan yang hadir mewakili Pengerusi SC,Datuk Mohammad Faiz Azmi.
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11
07-11