Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

RM10 juta diperuntuk baik pulih rumah nelayan

2025-07-08 IDOPRESS

Bantuan baik pulih rumah yang disediakan kerajaan diharap dapat mengurangkan beban golongan nelayan. Foto/Bernama

LAHAD DATU,8 Julai - Lebih RM10 juta diperuntukkan bagi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN),bagi pembinaan rumah baharu dan baik pulih rumah sedia ada..

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),Muhammad Faiz Fadzil berkata,peruntukan RM20,000 bagi setiap rumah itu membolehkan pemilik memilih bahagian rumah yang ingin dibaik pulih,mengikut keperluan masing-masing.

''Kita ada dua projek sebenarnya,satu projek bina perumahan baharu dan kedua,projek baik pulih. Untuk Sabah sahaja kita fokuskan sebanyak 100 buah rumah untuk dibaik pulih dengan sebuah rumah pada kos RM20,000,'' katanya.

Jelas beliau lagi,proses pemilihan penerima bantuan berkenaan akan dibuat secara telus,berdasarkan keperluan sebenar dan keadaan struktur rumah.

Dalam perkembangan lain,Muhammad Faiz memberitahu,LKIM ketika ini dalam usaha menubuhkan unit persatuan nelayan di setiap kawasan parlimen,agar pelbagai agenda pembangunan komuniti tersebut dapat dilaksana dengan lebih efektif dan berdaya saing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap