Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Sokongan masyarakat penting jayakan usaha selamatkan bayi menerusi Baby Hatch

2025-07-08 HaiPress

FOTO FAIL BERNAMA

KUCHING,8 Julai- Persepsi negatif segelintir masyarakat yang kurang memahami tujuan dan proses di sebalik penggunaan Baby Hatch boleh menggugat usaha menyelamatkan nyawa bayi yang tidak diingini.

Menteri Pembangunan Wanita,Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak,Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata,kemudahan Baby Hatch diwujudkan sebagai jalan selamat bagi ibu kandung menyerahkan bayi tanpa risiko kepada nyawa mereka mahupun bayi yang baru dilahirkan.

Menurutnya,inisiatif itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa,tetapi juga membolehkan proses kerakyatan bayi berstatus ‘k’ dipermudahkan apabila identiti ibu kandung dapat dikenalpasti,sebelum bayi tersebut diserahkan kepada pasangan angkat,salah seorang wajib merupakan warga Sarawak.

“Langkah ini lebih selamat berbanding kes bayi ditinggalkan di lokasi tidak sesuai yang boleh menyebabkan kematian atau diserang haiwan liar,” jelas beliau.

Datuk Seri Fatimah turut memaklumkan bahawa Majlis Pembangunan Sosial Sarawak pernah menjalankan satu kajian bertajuk Kajian Sistem Sokongan Menangani Kes Buang Bayi melibatkan 1,968 responden yang terdiri daripada pelajar,kakitangan kerajaan dan swasta serta orang awam.

“Sebanyak 82.8% menyokong penubuhan kemudahan khas seperti Sekolah Harapan,Rumah Harapan,OrphanCare dan Baby Hatch di Sarawak. Berdasarkan dapatan itu,kami berunding dengan pihak hospital swasta untuk laksanakannya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 yang bakal diadakan pada Ogos ini.

Minggu lalu,Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak mengeluarkan kenyataan mencari ibu kandung kepada seorang bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch milik sebuah hospital swasta di Kuching pada 15 Jun lalu,sekali gus mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Setakat ini,hanya satu Baby Hatch aktif di Sarawak iaitu di Borneo Medical Centre sejak 2023. Satu lagi Baby Hatch masih tertangguh sejak 2020 berikutan perpindahan lokasi hospital swasta tersebut dan masih menunggu kelulusan.

Sejak 2017,Baby Hatch di Sarawak telah menyelamatkan lima nyawa,satu kes melibatkan bayi yang ditemui meninggal dunia,manakala identiti ibu kandung kekal dirahsiakan,selari dengan tujuan utama penubuhannya.

Datuk Seri Fatimah bercakap pada sidang mediaselepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap