Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Beli barangan Malaysia, buka lebih banyak peluang pekerjaan

2025-07-07 IDOPRESS

Ahli Eksekutif Bahagian Komunikasi Strategik dan Pengurusan Sumber,Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),Tamilarasan Nalliah,ditemui pemberita di Angkasapuri Kota Media.

KUALA LUMPUR,6 Julai - Pembelian barangan buatan Malaysia terus memberi impak signifikan kepada pengguna dan ekonomi negara secara keseluruhan.

Menurut Ahli Eksekutif Bahagian Komunikasi Strategik dan Pengurusan Sumber,langkah ini berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,seterusnya membantu menurunkan kadar pengangguran negara.

“Beli barangan buatan Malaysia ni memberi banyak impak,bukan sahaja dari segi mikro,tetapi makro juga. Contohnya setiap pembelian barang buatan Malaysia kita boleh menjamin setiap ringgit yang kita belanja itu akan kekal dalam negara,seterusnya menjamin rantaian perniagaan yang lebih stabil," katanya kepada pemberita di Angkasapuri Kota Media.

Selain menjana peluang ekonomi,barangan tempatan juga diyakini berkualiti tinggi kerana mematuhi piawaian antarabangsa.

Ke arah itu,kerajaan turut menyokong usaha memartabatkan produk tempatan melalui pelbagai inisiatif termasuk Kempen Beli Barangan Malaysia,penyediaan latihan dan geran pemasaran serta platform Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) untuk memasarkan produk ke peringkat global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap