2025-06-25 IDOPRESS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media sebelum majlis makan tengahari bagi sambutan rasmi Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Japarov ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana,Putrajaya
PUTRAJAYA,25 Jun - Malaysia dan Kyrgyz senada mahu Afghanistan diiktiraf semula di peringkat antarabangsa sebagai langkah penting memastikan kestabilan serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,perkara itu dipersetujui dalam pertemuannya bersama Presiden Kyrgyz,Sadyr Zhaparov dalam mesyuarat empat mata di Kompleks Seri Perdana.
"Kami menyentuh isu Afghanistan. Kami mahu Afghanistan diiktiraf semula di peringkat antarabangsa. Sudah tentu kami mempunyai pemerhatian tersendiri,tetapi kami senada dengan anda (Kyrgyz) tentang perkara tersebut.
"Sebagai sebuah negara yang lebih dekat dengan Afghanistan,kamu mempunyai pemahaman lebih bagus mengenainya dan kami (Malaysia) mendapat manfaat daripada perspektif dan pandangan itu," katanya dalam sidang media bersama Malaysia-Kyrgyz di sini.
Sejak pemerintahan Taliban di Afghanistan pada 2021,tiada negara di dunia secara rasmi mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan yang sah.
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25
06-25