Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, dipengaruhi konflik Asia Barat

2025-06-20 IDOPRESS

Foto Fail

KUALA LUMPUR,20 Jun- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Asia Barat yang kian meruncing,kata penganalisis.

Pada pukul 8.00 pagi,unit tempatan itu naik ke paras 4.2490/2700 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2590/2625,semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati apabila pedagang dan pelabur terus mengikuti perkembangan konflik Israel-Iran ketika AS sedang mempertimbangkan tindak balas terhadap tekanan mata wang.

“Bagaimanapun,Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata yang memberi isyarat bahawa para peniaga mungkin beralih kepada mata wang utama lain atau kelas aset berbeza dalam usaha mencari perlindungan,” katanya kepada Bernama.

Namun,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka terus tertekan dalam masa terdekat berikutan ketidaktentuan global yang terus ketara.

Dalam pada itu,urus niaga awal hari ini menyaksikan ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7264/7547 daripada 5.7164/7211 dan turun berbanding euro kepada 4.8910/9152 daripada 4.8868/8908 sebelumnya.

Namun,ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9257/9404 daripada 2.9286/9312 sebelumnya.

Ringgit turut mencatat prestasi mengukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.

Mata wang tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3051/3219 daripada 3.3072/3102 semalam dan meningkat kepada 12.9883/13.0593 daripada 12.9966/13.0513 berbanding baht Thailand.

Berbanding rupiah Indonesia,ringgit naik kepada 258.9/260.3 daripada 259.5/259.9 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.44 daripada 7.41/7.42.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap