2025-06-13 IDOPRESS
Foto fail
PUTRAJAYA,13 Jun - Masjid Putra Putrajaya mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil,untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik,Perak.
Majlis berlangsung selepas solat Maghrib,semalam dipimpin oleh Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra,Putrajaya Hazman Hashim dan dihadiri warga kementerian,jabatan dan agensi kerajaan.
Ia sebagai manifestasi rasa empati memohon kesejahteraan buat mangsa-mangsa yang masih menerima rawatan di hospital serta ahli keluarga yang terkesan dengan insiden itu agar diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian.
Turut didoakan dalam majlis itu pemergian seorang Ahli Falak JAKIM iaitu Allahyarham Ustaz Khairul Anuar bin Yazid yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Endokrin Putrajaya pada 10 Jun lalu.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara khususnya dalam bidang dunia ilmu falak Islam yang dengan berkaitan penentuan arah kiblat,waktu solat,serta pengiraan anak bulan.
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13
06-13