Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kerajaan negeri perlu utamakan bidang kritikal - PM

2025-06-13 IDOPRESS

Beri tumpuan kepada industri elektrik dan elektronik

MELAKA,13 Jun - Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan kepada bidang kritikal yang berupaya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pembangunan negara secara menyeluruh,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara yang perlu diberikan tumpuan menerusi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuklah berkaitan industri elektrik dan elektronik.

“Sering kali saya mengingatkan pada mesyuarat khas pembangunan yang diadakan di negeri-negeri setakat ini,bahawa keutamaan yang disenaraikan di agensi pusat,Kementerian Ekonomi atau peringkat negeri perlu diselaraskan untuk difokuskan kepada keperluan sebenar rakyat.

“Pimpinan pada peringkat negeri dan daerah juga perlu memahami fokus peringkat kementerian kerana tuntutan yang diangkat kepada kerajaan Persekutuan melangkaui keupayaan ekonomi lantaran kekangan dan sumber yang terhad perlu difahami,” kata beliau menerusi kenyataan di sini selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka,di sini hari ini.

Mengulas mengenai mesyuarat khas berkenaan,Datuk Seri Anwar berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah membentangkan permohonan wish list daripada kerajaan negeri dalam mesyuarat berkenaan.

Permohonan itu termasuk infrastruktur jalan raya,projek tebatan banjir,pembinaan semula dan pembinaan baharu sekolah,pembinaan blok tambahan dan wad-wad di Hospital Jasin,projek perumahan rakyat serta menaik taraf muzium bagi sektor pelancongan.

Dalam pada itu,Perdana Menteri turut mengingatkan kepada penjawat awam supaya step up dan speed up (bergerak lebih pantas dan berkesan) bagi memastikan pelaksanaan projek untuk rakyat lebih efektif dan tidak tertangguh sehingga membebankan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang berlangsung hari ini merupakan mesyuarat terakhir diadakan di negeri-negeri sebelum kerajaan Persekutuan melengkapkan usul-usul permohonan peruntukan projek RMK13 yang akan dihalusi bagi pengumuman Bajet Tahun 2026 pada Oktober ini. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap