2025-06-12 IDOPRESS
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Hari TVET Negara di Ayer Keroh,Melaka / Foto BERNAMA
MELAKA,12 Jun - Kerajaan mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menggalakkan penyertaan meluas lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor keusahawanan berimpak tinggi.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan daripada peruntukan itu,RM40 juta akan disalurkan kepada Majlis TVET,manakala RM10 juta akan diberikan kepada TVET Negeri Melaka.
"Untuk Melaka,bagi program-program TVET,teknikal dan keusahawanan yang diselaraskan oleh Majlis TVET,kita tambah peruntukan lagi RM10 juta.
"Untuk program itu bersama dengan syarikat-syarikat kerajaan sudah tentu akan mencecah RM150 juta tetapi saya hanya tambah RM40 juta khusus supaya dikendalikan oleh Majlis TVET Negara selain yang akan diperuntukkan daripada PERKESO dan lain-lain. Untuk ini RM50 juta tetapi RM10 juta telah dipotong (diambil) oleh Melaka," maklum beliau semasa berucap pada Majlis Hari TVET Negara di Ayer Keroh,Melaka.
Tambah Datuk Seri Anwar,negara perlu memberi tumpuan dalam menghasilkan lepasan TVET yang berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan.
"Ini boleh menjadi fokus yang boleh diusahakan bersama dengan badan-badan lain,syarikat-syarikat kerajaan seperti PERKESO,PETRONAS,Khazanah,PNB dan semua akan digabungkan." ujar beliau.
Ke arah hasrat itu,kerajaan akan memastikan sinergi syarikat-syarikat terlibat dengan TVET sekaligus,dapat memberi pendedahan industri baharu kepada lepasan TVET.
06-13
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12