2025-06-11 IDOPRESS
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,10 Jun – Hanya 20 peratus atau kira-kira 210,000 syarikat di Malaysia dimiliki oleh usahawan wanita,angka yang masih rendah berbanding negara-negara ASEAN lain,kata Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata,Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa penyertaan usahawan wanita yang semakin menonjol dalam pelbagai sektor seperti industri kreatif,pertanian moden,gaya hidup,fesyen,teknologi digital serta sektor minyak dan gas.
“Malaysia tidak kurang bakat wanita yang hebat. Apa yang kita perlukan adalah fasilitasi yang berkesan agar lebih ramai wanita berani membawa jenama masing-masing ke pasaran global,” katanya ketika merasmikan Forum Women in Export (WiEX) 2025 di sini,hari ini.
Tengku Zafrul turut menegaskan,MITI bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus memberikan bimbingan dan panduan kepada usahawan wanita agar mereka dapat menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih yakin dan teratur.
Dalam pada itu,Tengku Zafrul berkata Forum WiEX akan diteruskan sebagai acara tahunan dan dijenamakan semula sebagai Women International Exporters Expo (WIE).
Ia sebagai satu platform komprehensif yang bukan sahaja menyediakan sesi padanan perniagaan dengan pembeli antarabangsa,tetapi turut merangkumi pameran produk dan perkhidmatan eksport serta forum bersama tokoh industri global.
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12