Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

PERKESO selamatkan lebih RM48 juta dana sosial daripada jenayah

2025-06-03 IDOPRESS

Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR,3 Jun- Lebih RM48.64 juta dana sosial keselamatan berjaya diselamatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) daripada jenayah penipuan faedah sejak 2020 hingga April 2025.

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong mendedahkan sebanyak 679 kes disyaki penipuan faedah untuk pelbagai skim disiasat dalam tempoh sama sehingga membawa kepada keputusan menggantung 383 kes bersamaan 56.5 peratus.

Perkara itu sekali gus membuktikan komitmen berterusanKementerian Sumber Manusia (KESUMA) ke arah aspek ketelusan dan keadilan dalam pengagihan manfaat kepada pencarum yang layak.

"Kita kena bertegas dan tidak berkompromi dalam usaha mengekang penipuan tuntutan PERKESO.

"Saya juga komited untuk membanteras sindiket tuntutan palsu kerana mereka telah menyalah gunakan sistem keselamatan sosial bagi melindungi mereka yang terdedah dengan risiko," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Perasmian Seminar Penipuan,Pengelakan dann Kesilapan Dalam Tuntutan Keselamatan Sosial dan Insurans di ibu negara.

Sementara itu,Steven turut mengakui jenayah penipuan faedah terus menjadi cabaran apabila nilai kerugian dana merekodkan RM2.1 juta pada 2024 berpunca tuntutan tidak sah.

"Dalam usaha berterusan mengekang ketirisan dana,PERKESO juga menyemak semula Elaun Layanan Sentiasa (ELS) bagi memastikan kelayakan penerima disahkan secara berterusan.

"Sepanjang tempoh dari 2020 hingga April lalu,sebanyak 509 kes ELS disemak dengan 117 kes atau 22.9 peratus dicadangkan digantung,sekali gus menyaksikan penyelamatan dana keselamatan sosial untuk jangka panjang menjangkau lebih RM12.2 juta," jelas beliau.

Sehubungan itu Seminar Penipuan,Pengelakan dan Kesilapan Dalam Tuntutan Keselamatan Sosial dan Insurans,dianjurkan dalam usaha mendepani cabaran penipuan tuntutan,kelemahan sistem dan amalan tidak beretika yang mengancam kelangsungan sistem perlindungan sosial.

Seminar berkenaan dihadiri lebih 400 peserta terdiri daripada pihak berkepentingan termasuk barisan panel Lembaga Perubatan,ahli Lembaga Jemaah Rayuan,wakil agensi penguat kuasa dan syarikat insurans.

Pada majlis sama,Steven turut mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO,Datuk Seri Dr. Mohammed Azman menerima Anugerah 'The Lifetime Fellowship of the American College of Independent Medical Examiners (FACIME)' dan 'Master Certified Independent Medical Examiner'.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap