Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Konvoi motosikal 1,192 km semarak Kembara Perpaduan Malaysia MADANI

2025-06-03 IDOPRESS

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Che Roslan Che Daud

JELI,3 Jun - Seramai 30 penunggang motosikal berkonvoi merentas enam negeri dengan jarak keseluruhan melebihi 1,192 kilometer (km) menerusi program Kembara Jubli Emas Rukun Tetangga.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Che Roslan Che Daud berkata,ia sebahagian daripada inisiatif Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang menonjolkan konsep Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif.

KRT Progresif berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuh jaringan sosial,memperkasa komuniti,serta mengiktiraf sumbangan Rukun Tetangga selama 50 tahun dalam pembangunan masyarakat.

"Kita berharap program ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk menyedarkan masyarakat bahawa tahun ini merupakan Tahun Keemasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Dalam erti kata lain,KRT masih kekal relevan dalam membantu komuniti,khususnya dalam mewujudkan perpaduan yang erat dan kukuh." katanya kepada pemberita semasa persinggahan di KRT Gunung Reng,di sini.

Enam negeri yang terlibat dalam kembara itu ialah Selangor,Negeri Sembilan,Pahang,Terengganu,Kelantan dan Kuala Lumpur.

Datuk Che Roslan berkata,di setiap hentian pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya kesukarelawanan,perkongsian ilmu,interaksi bersama komuniti serta penyampaian sumbangan.


Kembara itu membuktikan bahawa perpaduan bukan sekadar slogan tetapi satu tindakan kolektif yang perlu digerakkan bersama,bermula daripada akar umbi hingga ke peringkat nasional.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap