Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pelabur asing teruskan belian di Bursa Malaysia, aliran masuk RM422.6 juta

2025-05-13 IDOPRESS

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR,13 Mei- Pelabur asing melanjutkan aliran masuk bersih ke Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan dana berjumlah RM422.6 juta minggu lalu,berbanding RM853.3 minggu sebelumnya.

Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir 9 Mei,pelabur asing merekodkan belian bersih untuk setiap hari dagangan kecuali Isnin dan Khamis.

"Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM253.3 juta),telekomunikasi dan media (RM53.3 juta),dan perkhidmatan kewangan (RM51.1 juta).

"Manakala,hanya dua sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing iatu tenaga (RM57.5 juta) dan teknologi (RM56 juta)," menurut laporan itu.

Sementara itu,institusi tempatan melanjutkan jualan bersih kepada tiga minggu berturut-turut,dengan aliran keluar berjumlah RM397.8 juta.

Jelas MIDF,pelabur runcit tempatan melanjutkan trend jualan bersih kepada minggu keempat,dengan aliran keluar susut kepada RM24.8 juta berbanding RM161.2 juta minggu sebelumnya.

"Purata volum dagangan harian menyaksikan peningkatan secara meluas minggu lepas,dengan institusi tempatan dan peruncit tempatan menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak 8.6 peratus dan 2.9 peratus,manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 6.1 peratus," tambah laporan itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap