Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Perodua rancang pasarkan kenderaan EV sebelum akhir 2025

2025-05-09 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,8 Mei - Perodua merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik (EV) pertamanya ke pasaran sebelum hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif,Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata,kenderaan tersebut akan ditawarkan pada harga bawah RM80,000.

"Kita target pasaran tempatan dalam 30 peratus selepas beberapa bulan kita akan tingkat pengeluaran sebanyak 60 peratus",katanya.

Model tersebut disasarkan kepada golongan muda dan keluarga kecil dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500 unit sebulan.

Inisiatif itu bagi merealisasikan hasrat syarikat untuk menyediakan pilihan mobiliti elektrik mampu milik.

Zainal Abidin turut menegaskan nilai jangka panjang model itu menjadi keutamaan,khususnya dari aspek kualiti bateri dan nilai jual semula.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap