2025-04-15 IDOPRESS
Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pemandu NGCC dipengerusikan Perdana Menteri bagi membincangkan strategi Malaysia hadapi impak tarif AS/Foto Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,14 April – Kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha menurunkan kadar tarif dan memperluas senarai pengecualian eksport sebagai langkah menangani impak ekonomi global yang semakin mencabar.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan,Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak mengenakan tarif timbal balas ke atas import dari Amerika Syarikat.
“Situasi semasa masih agak tidak menentu,malah pendirian kerajaan Amerika Syarikat turut berubah hampir setiap hari. Kita akur bahawa tindakan pantas diperlukan,namun pada masa yang sama perlu anjal dan fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan perubahan,” katanya pada sidang media Perkembangan Terkini Isu Tarif di Menara MITI,hari ini.
Tambah beliau,asas ekonomi Malaysia kekal kukuh dan stabil,justeru sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan rundingan yang teliti demi kepentingan jangka panjang negara.
Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan isu tarif secara dekat dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kedudukan strategik Malaysia kekal terlindung.
Dalam pada itu,beliau berkata Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Majlis Tindakan Perdagangan Negara (NGCC) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mempercepat pelaksanaan cadangan-cadangan yang telah dipersetujui.
“Mandat utama pasukan ini adalah untuk memastikan setiap cadangan dapat dilaksana segera dalam kerangka dasar yang strategik dan menyeluruh,” katanya.
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15