2025-04-15 IDOPRESS
FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 April- Negara hari ini kehilangan seorang tokoh besar apabila Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir,meninggalkan legasi kepimpinan berteraskan nilai,kesederhanaan dan kemanusiaan,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini,Anwar menzahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergian Allahyarham,yang mesra dikenali sebagai 'Pak Lah'.
Jelas Perdana Menteri,Allahyarham Pak Lah,85,disifatkan sebagai negarawan berjiwa besar dan pembawa damai dalam dunia politik tanah air.
"Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan sangat uzur. Namun saat tangan kami bersentuhan,matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam," katanya.
Menurut Anwar,Allahyarham membawa naratif baharu dalam pentadbiran menerusi pendekatan Islam Hadhari yang menghubungkan kemajuan dengan nilai dan etika.
Sepanjang pentadbiran,Tun Abdullah memberi tumpuan kepada reformasi kehakiman,ketelusan,pemerkasaan institusi serta pembukaan ruang media dan penyertaan awam.
Beliau turut mengenang perwatakan Allahyarham sebagai pemimpin yang tidak mudah marah dan tidak pernah menambah luka ketika insan lain sedang diuji.
"Pak Lah memimpin dengan wajah yang tidak marah,tangan yang tidak menggenggam kuasa dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi," ujar Anwar.
Ucapan takziah turut dizahirkan kepada isteri Allahyarham,Tun Jeanne Abdullah,Khairy Jamaluddin serta seluruh keluarga.
“Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.
Tun Abdullah dilantik sebagaiPerdana Menterikelima pada Oktober 2003 dan berundur pada April 2009.
Beliau dikenang sebagai pemimpin sederhana yang memperjuangkan integriti dan pembangunan seimbang negara.
BERITA BERKAITAN
Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun
Pak Lah alami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia - IJN
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18
04-18