Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India

2025-04-14 IDOPRESS

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,14 April - Inisiatif memberdayakan komuniti India di negara ini akan terus diperhebat melalui pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan kepada komuniti itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebokk berkata,kerajaan juga akan menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan,penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

"Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan," katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat Tahun Baharu Chithirai,Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil,Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.

"Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kegembiraan,kesihatan yang baik dan keberkatan buat anda semua.

"Kita raikan kepelbagaian ini dengan rasa bangga,kerana inilah warna-warni Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan kuat. Teruskan semangat perpaduan,itulah kekuatan sebenar kita," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap