2025-04-09 IDOPRESS
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA
KAJANG,8 April- Kadar elaun sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan dikaji dan dicadangkan untuk dinaikkan kepada RM80 sehari berbanding kadar RM40 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,usaha tersebut akan dibincangkan ke peringkat Jemaah Menteri bagi membolehkan ia diseragamkan dengan pasukan sukarelawan lain.
"Kita tidak minta lebih,tetapi kita minta sama rata dengan lain-lain sukerelawan. Saya juga mahu supaya APM ini terus memainkan peranan yang boleh diiktiraf oleh masyarakat,selain kerajaan.
"Insya-Allah,rakan karib saya Datuk Hj Fadilah akan bersama-sama saya dan Datuk Fahmi akan memperjuangkan agar elaun APM juga dinaikkan",katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam Ke-73,di Ibu Pejabat Pertahanan Awam di Kajang,Selangor
Pada majlis tersebut,beliau turut menyerahkan watikah kepada 79 penerima pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu APM.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Ketua Pesuruhjaya Perdana (Pertahanan Awam),manakala Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15