Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

MITI bawa usul kesan tarif AS ke mesyuarat ASEAN minggu hadapan

2025-04-07 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,6 April – Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan kajian terperinci minggu hadapan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sektor eksport utama negara.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri MITI,Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama semua Menteri Ekonomi ASEAN bagi merangka satu tindak balas serantau yang lebih bersepadu.

“Saya sentiasa berhubung dengan para pemimpin ASEAN bagi memastikan persefahaman ini dicapai serta menyelaraskan tindak balas bersama terhadap Amerika Syarikat. Semua pilihan akan dikaji dan dipertimbangkan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan kita,” kata Anwar dalam satu hantaran video hari ini yang menyentuh isu tarif AS.

Jelas Anwar,kerajaan akan terus mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan industri,termasuk menerusi pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Sebagai Pengerusi ASEAN,Malaysia turut akan menerajui usaha serantau untuk mengekalkan rantaian bekalan terbuka dan berdaya tahan,bagi memastikan suara ASEAN didengar dengan jelas di pentas antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan,Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi,meskipun sekiranya tarif 24 peratus oleh AS dilaksanakan.

Katanya,ini kerana ekonomi negara kekal berdaya tahan,didorong oleh asas makroekonomi yang kukuh.

“Sekiranya tarif 24% dilaksanakan,dari sudut ekonomi,unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.

“Namun begitu,buat masa ini,izinkan saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia. Ekonomi kita kekal berdaya tahan,” katanya.

Tambah beliau,kekuatan ekonomi negara turut disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh,pelaburan domestik yang mantap,hasil pelancongan yang memberangsangkan serta pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap