Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Projek naik taraf fasiliti mangsa Harimau Malaya siap 2026

2025-03-19 HaiPress

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar di Gua Musang / Foto Bernama

GUA MUSANG,19 Mac – Projek naik taraf fasiliti pembiakan spesies mangsa untuk Harimau Malaya di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang,Kelantan dijangka siap Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek bernilai lebih RM3.32 juta itu merupakan inisiatif Kerajaan Pusat bagi menangani konflik manusia dan haiwan liar.

Menurut beliau,fasiliti tersebut bertujuan menyediakan bekalan haiwan sebagai sumber makanan untuk Harimau Malaya,sekali gus mengurangkan kejadian pemangsa memasuki kawasan perkampungan untuk mencari makanan.

“Kita sedang menyiapkan pagar,runway rusa,membina menara tinjau,47 unit kandang anak rusa,rumah pam dan beberapa kemudahan lain. Setakat ini,kemajuan projek berada pada landasan yang betul,” katanya selepas meninjau PKHL Gua Musang,di sini pada Selasa.

Projek seluas 38 hektar yang bermula pada 29 Julai tahun lalu kini mencapai tahap kemajuan sebanyak 21 peratus,selari dengan jadual yang ditetapkan.

Tambah Ahmad,apabila siap sepenuhnya,fasiliti tersebut mampu menempatkan sehingga 150 ekor induk rusa sambar sebagai bekalan makanan untuk kelangsungan populasi Harimau Malaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap