Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kempen Internet Selamat diperluas ke sekolah & IPT selepas Aidilfitri

2025-03-18 IDOPRESS

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 Mac- Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas jelajah Kempen Internet Selamat ke semua sekolah,institut pengajian tinggi (IPT) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara selepas Aidilfitri.

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata,inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian,sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan siber.

"Buat masa ini,kempen ini akan memberi tumpuan kepada beberapa bazar Ramadan di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai permulaan.

"Selepas itu,kita akan menjelajah ke sekolah,IPT dan IPG bagi menyampaikan mesej yang sama,jadilah pengguna yang bijak dalam talian dan pastikan amalan kita di internet selamat,terutama bagi kanak-kanak serta keluarga," katanya.

Dalam pada itu,seramai 7,300 peniaga bazar Ramadan di ibu kota turut menerima manfaat menerusi kempen tersebut,apabila mereka diberikan bantuan RM100 bagi bayaran sewa petak niaga sebagai langkah meringankan beban kewangan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kempen Advokasi MCMC di Bazar Ramadan Wangsa Maju,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap