Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Warga emas maut kebakaran tiga rumah teres

2025-03-15 IDOPRESS

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU,15 Mac - Seorang warga emas maut manakala empat lagi terselamat dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres di Jalan Permas 2/4,Taman Permas Jaya,Masai di sini tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Johor Jaya Penguasa Kanan Bomba II Saifulbahri Mahpop berkata sebanyak 33 anggota termasuk dari BBP Pasir Gudang dan Pasukan Bomba Sukarelawanan Mount Austin digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.13 tengah malam.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia Md Aris Samar,84,manakala anak perempuan Hamizah,57,dan tiga cucunya Ezzatty Haida Affendy,21,Ezzatty Hazrina,18 dan Ezzatty Hadirah,16 terselamat.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres struktur kebal dengan setiap rumah berkeluasan 20x15 kaki. Dua rumah musnah 20 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus.

“Mangsa maut dari yang rumah musnah 80 peratus,ditemui rentung di tingkat atas,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifulbahri berkata operasi pemadaman tamat pada 3.09 pagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap