Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

80 peratus tiket ETS untuk Aidilfitri sudah terjual

2025-03-15 HaiPress

Stesen KTMB Pulau Sebang/RTM

PULAU SEBANG,14 Mac- Kira-kira 80 peratus tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri telah terjual setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan,jumlah tersebut termasuk 12,600 tiket tambahan bagi perjalanan dari 28 Mac hingga 6 April.

Menurutnya,KTMB menyediakan empat perkhidmatan tambahan membabitkan laluan Gemas ke Butterworth dan Gemas ke Padang Besar sepanjang tempoh 10 hari itu.

"Setakat ini,tiket tren ETS telah terjual antara 70 hingga 80 peratus. Yang masih berbaki adalah tiket perjalanan ke arah selatan. Bagi perkhidmatan tren antara bandar (Intercity),kira-kira 60 peratus tiket telah terjual,merangkumi laluan Johor Bahru ke Tumpat,Gemas ke JB Sentral dan Tebrau Sentral.

"Tiket paling laris ketika ini ialah ETS dari Gemas ke Padang Besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sajian Kasih Ramadan dan edaran bubur lambuk kepada penumpang KTMB di Stesen Pulau Sebang di sini hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersempena ulang tahun KTMB ke-140.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap