Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ringgit diunjur cecah 4.41-4.45 berbanding dolar minggu depan

2025-03-10 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Mac- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),minggu depan.

Kenanga Investment Bank Bhd berkata sebarang data gaji bukan perladangan (NFP) AS bagi Februari menghampiri 100,000,akan mengukuhkan semula jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah yang berpotensi melemahkan dolar AS dan sebaliknya mengukuhkan ringgit.

“Pasaran kini tertumpu kepada Eropah dengan rangsangan fiskal dapat mengekang tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) menurunkan lagi kadar faedah dan mengalihkan prospek dasar monetari Fed-ECB serta mengukuhkan euro.

“Reaksi balas dari Kanada dan Mexico,selain penangguhan tarif berikutnya,berkemungkinan memanjangkan lagi ketidaktentuan dan mengekalkan indeks dolar AS (DXY) dalam julat kecil.

“Pengumuman data senarai gaji bukan perladangan AS dan laporan inflasi minggu depan akan menjadi pemacu pasaran utama," kata bank itu dalam nota penyelidikan pada Jumaat. Bagi minggu baru berakhir,ringgit naik 0.4 peratus berbanding dolar AS namun susut berbanding mata wang utama lain,terutamanya disebabkan oleh penyusutan dolar AS sepertimana dipaparkan oleh penurunan DXY.

Ringgit pada awalnya diasak tekanan dan di paras 4.47 berbanding dolar AS,namun berada di bawah sokongan dan didagangkan sekitar 4.43 untuk beberapa hari kebelakangan ini.

Mata wang tempatan itu mengakhiri urus niaga minggu ini pada 4.4110/4145 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada 4.4600/4650 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.7070/7115 daripada 5.6174/6237,susut berbanding yen Jepun kepada 2.9909/9935 daripada 2.9682/9717 minggu lepas dan turun berbanding euro kepada 4.7903/7941 daripada 4.6362/6414 sebelum ini.

Selain itu,ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk susut berbanding rupiah Indonesia kepada 270.6/271.0 daripada 268.7/269.1 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1124/1290 daripada 13.0455/0670.

Ringgit juga turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3185/3214 daripada 3.3069/3108 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.73 daripada 7.69/7.70.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap