Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kepengerusian ASEAN 2025: Lima mesyuarat berjalan lancar

2025-02-20 IDOPRESS

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang,Datuk Abdul Kahar Abdullah / Foto RTM

GEORGETOWN,20 Februari-Lima daripada 16 mesyuarat utama ASEAN 2025 telah berjalan dengan lancar di Pulau Pinang sejak 20 Januari lepas,hasil perancangan rapi oleh kerajaan negeri dan tujuh kementerian yang terlibat.

Kesemua mesyuarat tersebut meliputi pelbagai aspek strategik kerjasama antara negara ASEAN,termasuk keselamatan,ekonomi,pelaburan,perdagangan,pendidikan,dan belia.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang,Datuk Abdul Kahar Abdullah berkata kerajaan negeri dengan bekerjasama dengan pelbagai bagi memastikan mesyuarat berkenaan berjalan lancar.

"Bagi mesyuarat yang telah berlangsung ia telah berjalan dengan lancar di mana perjalanan delegasi pun telah berlangsung dengan lancar.

"Kita telah menyediakan laluan khas untuk delegasi- delegasi yang datang ke Pulau Pinang melalui pelabuhan terutamanya selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang padat dengan penumpang.

"PDRM telah membantu dengan sentiasa memantau perjalanan termasuk juga perjalanan delegasi yang akan membuat lawatan-lawatan",katanya demikian selepas temubual di konti MutiaraFm dalam slot Bicara Pisma.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap