Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

KPWKM menerusi LPPKN rangka pelbagai program tingkat kadar kelahiran negara

2025-02-20 HaiPress

Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR,20 Februari- Pelbagai inisiatif dirangka Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk meningkatkan kadar kelahiran negara.

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarkat Datuk Seri Nancy Shukri berkata LPPKN telah mengadakan program galakan perkahwinan seperti Majlis Resepsi Mahligai Cinta untuk pasangan terpilih.

"Kita juga menawarkan perkhidmatan persekitaran yang boleh membantu pasangan membuat keputusan seperti perkhidmatan perancangan keluarga dan pelaksanaanprogram pembangunan keluarga menerusi modul Smart Start praperkawhinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkenaan langkah untuk meningkatkan kadar kelahirannegara dan inisiatif dalam menggalakkanrakyat agar menambah bilangan anak.

Nancy juga memaklumkan bahawa modul berkenaan berperanan memberi kemahiran dan pengetahuan kepada pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap