Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

PMKS diperkukuh sediakan platform untuk pasaran serantau, antarabangsa

2025-02-18 IDOPRESS

Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR,17 Februari- Kerajaan terus memperkukuh daya saing perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan lebih banyak platform untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata,menerusi SME Venture @ ASEAN 2025 yang akan diadakan pada Oktober depan dijangka menjadi pemangkin untuk memperluas rangkaian perniagaan PMKS Malaysia ke rantau ASEAN.

"Bagi memperluas pasaran PMKS ke rantau ASEAN,sebanyak 200 sesi padanan perniagaan akan dianjurkan selain penyertaan PMKS dari negara-negara ASEAN.

"Kami juga komited membawa masuk syarikat peneraju dan pembeli,bukan sahaja dari negara anggota ASEAN,tetapi juga dari Turkiye,Jepun,Arab Saudi,Oman,Georgia,dan Kazakhstan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Pra-Pelancaran SME Venture @ Asean 2025 di ibu negara.

Majlis Pra-Pelancaran program itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SME Corp.

Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bawah Program Pemecut Eksport (EAP) akan membimbing 30 PMKS untuk menembusi pasaran antarabangsa,termasuk Jepun.

Program yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bertemakan 'Keterangkuman dan Kelestarian' itu akan menampilkan pameran produk,sesi padanan perniagaan,forum Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),serta bengkel berkaitan perdagangan bebas dan pendigitalan.

Dalam pada itu menurut Ewon PMKS dilihat akan terus kekal sebagai pemacu utama ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM45.6 bilion menerusi Belanjawan 2025.

Ia termasuk RM810 juta bagi memperkasa daya saing usahawan untuk menembusi pasaran eksportmelalui EXIM Bank dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025.

Kerajaan turut menyasarkan peningkatan syarikat bersaiz sederhana daripada 1.8 peratus kepada lima peratus menjelang 2030.

"Marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen dalam membina ekosistem yang mampan dan berdaya saing,bagi merangsang inovasi,mempererat kerjasama,serta memastikan pertumbuhan jangka panjang PMKS.

"Dengan perpaduan usaha,saya percaya keusahawanan mampu menjadi pemacu utama kemakmuran ekonomi negara," katanya lagi.

Selain itu,kerajaan turut memperuntukkan RM45.6 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi pembangunan PMKS,termasuk RM810 juta untuk memperluas akses pasaran eksport

Usaha berkenaan seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara,sekali gus menjadikan Malaysia hab keusahawanan serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap