Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025

2025-02-17 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Februari-Affin Bank mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan lebih baik dengan sasaran pertumbuhan pinjaman sebanyak 10 peratus tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Datuk Wan Razly Abdullah berkata,pertumbuhan pinjaman di Wilayah Tengah,meliputi Kuala Lumpur,Selangor dan Negeri Sembilan,meningkat 6 peratus pada 2024,mencecah RM39.5 bilion.

"Ke arah itu,institusi kewangan ini akan memperluaskan akses kewangannya menerusi pelbagai inisiatif.

"Ini termasuk memperkenalkan Mobile Financial Centre (MFC). Inisiatif bagi meningkatkan keterangkuman kewangan.

"Selain itu,memperluas rangkaian cawangan menjelang separuh pertama 2025 untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pelanggan," menurut kenyataan itu.

Tambahnya,aplikasi perbankan mudah alih dan sistem digital akan turut diperkenal sebagai sebahagian transformasi digital.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap