Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Enam penyelidik UPM ungguli Malaysia’s Research Star Award 2025

2025-02-14 IDOPRESS

Kategori Researcher Cluster,Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin dari Fakulti Sains,UPM

SERDANG,14 Februari - Enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli beberapa kategori utama pada Malaysia’s Research Star Award (MRSA 2025) dan Anugerah Jurnal CREME (Current Research Malaysia).

Anugerah itu diberikan kepada penyelidik dan jurnal penyelidikan tempatan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka menghasilkan penerbitan berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan negara.


Penerima anugerah bagi kategori Frontier Researcher Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit@ Sinon dari Fakulti Kejuruteraan berkata,penerima anugerah itu dipilih berdasarkan pencapaian penerbitan makalah jurnal yang diindeks dalam pangkalan data Web of Sciences,Clarivate,Amerika Syarikat.


"Hasrat saya seterusnya adalah untuk terus menulis dan menerbitkan makalah jurnal yang diindeks dalam pangkalan data Web of Sciences dalam kategori SCIE quartile Q1 supaya memberi manfaat kepada penyelidik lain," kata Mohd Sapuan.


Bagi penerima kategori Outstanding Research in Phytochemicals Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan kepentingan penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam dunia akademik bukan sahaja bagi perkembangan ilmu pengetahuan malah meningkatkan reputasi penyelidik dan institusi.


"Ini untuk memastikan hasil penyelidikan diiktiraf di peringkat global,memperluaskan kolaborasi akademik serta memberi impak yang lebih besar terhadap dasar dan amalan dalam bidang berkaitan," kata Amin Ismail.


Anugerah kategori Researcher Cluster diterima oleh Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin,Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen dari Fakulti Sains dan Prof. Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.


Sementara itu,Anugerah Jurnal CRÈME diterima oleh Prof. Dr. Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan melalui kajian beliau yang diterbitkan dalam International Food Research Journal.


Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,semalam.

Dalam majlis yang sama,turut diadakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama Akses Terbuka Tesis dan disertasi Universiti Awam Malaysia.


Perlaksanaan inisiatif tersebut adalah bertujuan mewujudkan ekosistem perkongsian sumber ilmiah dalam kalangan penyelidik,pelajar dan masyarakat serta meningkatkan keterlihatan negara sebagai pusat ilmu bertaraf antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap