Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

KBS salur RM10 Juta kepada MBM, perkasa kepimpinan belia

2025-02-13 HaiPress

Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abd Halim

KUALA LUMPUR,13 Februari- Hampir RM10 juta disalur kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tahun 2024.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abd Halim berkata,ia bertujuan bagi memperkukuh peranan belia termasuk memperluaskan program perkasa kepimpinan belia.

"Kita tahu dalam tempoh dua tahun ini berlaku proses transisi hak umur belia,kita mahu supaya lebih ramai golongan belia yang berusia bawah 30 tahun dapat mengisi kepimpinan dalam pertubuhan-pertubuhan belia.

"Kita perbanyakkan dan perluaskan bentuk-bentuk program yang boleh dilaksanakan selain mewujudkan kerjasama strategik menerusi Rakan Mud.

"Jadi diharap sasaran yang ditetapkan peningkatan 95 peratus itu boleh dicapai,kalau tidak dapat dipenuhi sepenuhnya seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga Majlis Belia Malaysia sekurang-kurangnya kita pastikan usaha itu berterusan dan tidak dihentikan hanya kerana KPI tersebut belum dapat dipenuhi seperti yang kita inginkan," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Mersing,Muhammad Islahuddin Abas di Parlimen.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap