2025-02-06 HaiPress
Rumah Annie,Lubuk Bukut,Selangau antara kawasan terjejas akibat banjir/Foto APM Selangau
KUCHING,5 Februari - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Arip,Selangau dibuka semula hari ini selepas kawasan tersebut kembali dinaiki air susulan hujan berterusan.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),kawasan yang terjejas termasuk Rumah Panjang Janting,Rumah Panjang Jambai,Rumah Panjang David,dan Klinik Kesihatan Sungai Arip.
PPS berkenaan sebelum ini ditutup pada Isnin lepas,namun kini kembali menempatkan 289 penduduk daripada 51 keluarga yang terkesan akibat banjir.
Setakat pukul 8 malam tadi,jumlah keseluruhan penduduk terjejas yang berlindung di PPS mencatatkan penurunan,namun peningkatan jumlah mangsa dilaporkan di bahagian Mukah.
Sehingga kini,5,125 penduduk daripada 1,506 keluarga masih berlindung di 30 PPS yang masih aktif di 10 bahagian yang terjejas akibat banjir.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21