2025-01-22 IDOPRESS
Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,22 Januari- Kerajaan terus komited memastikan akses internet diperluas,disokong keseimbangan aspek keselamatan pengguna.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,ke arah itu terdapat cabaran besar seperti perjudian dalam talian,pemerdagangan manusia dan penipuan siber yang perlu ditangani.
"Ya,memang kita perlu memastikan bahawa akses kepada internet selamat dan diperluas. Kita bertungkus lumus menyelesaikan masalah internet termasuk dasar; di mana ada jalan,di situ ada internet.
"Maka untuk mengimbangi akses dan keselamatan,para pengguna diberikan pemahaman aspek keselamatan asas yang perlu diamalkan. Inilah kesedaran dan keselamatan dalam talian,kempen yang sedang dilaksana di semua institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagai permulaan,sebelum diperluas ke peringkat komuniti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel pada forum di Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2024 (AiSSE 25) di sini.
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22