2025-01-15 IDOPRESS
Foto FB Timbalan Menteri
KUALA LUMPUR,15 Januari- Kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir yang berlaku semasa Monsun Timur Laut (MTL) akan dilaksanakan secara berperingkat.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerja-kerja pemulihan itu dijangka bermula pada akhir bulan ini dan dijadualkan siap pada Februari.
Katanya,keutamaan akan diberikan kepada negeri-negeri yang paling terjejas,antaranya Kelantan,Terengganu,Kedah,Johor dan Pahang.
"Bajet kita tamat bulan 12 hari itu. Jadi,apabila bajet sudah dipulangkan kembali,baki yang tidak habis itu. Kira-kira 98 peratus bajet Kementerian Kerja Raya (KKR) ini dibelanjakan.
Jumlahnya boleh lihat pengumuman yang dibuat oleh menteri di Dewan Rakyat. Ada ratuasan juga jumlahnya. Kita cuba untuk dapatkan tambahan peruntukan dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan (MOF)," kata Datuk Seri Ahmad kepada pemberita,hari ini.
Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakannya pada sidang media Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah di ibu negara.
Sementara itu,penggunaan teknologi Building Information Modelling (BIM) memberi impak positif dalam sektor pembinaan di Malaysia.
Menurut Datuk Seri Ahmad,sejak diperkenalkan pada tahun 2012,lebih 400 projek berjaya dilaksanakan menggunakan BIM.
Pencapaian tersebut adalah selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR),yang menyasarkan penggunaan BIM meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun.
Ini menggambarkan komitmen kerajaan untuk memperkenalkan teknologi baru yang dapat meningkatkan efisiensi,ketepatan dan keberkesanan dalam industri pembinaan negara.
Tambah beliau,penggunaan BIM dalam projek Lebuhraya Pan Borneo juga telah berjaya mengurangkan ratusan kemalangan,memudahkan proses pengalihan utiliti dan mempercepatkan pengambilan balik tanah dengan lebih efisien.
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15