2025-01-15 IDOPRESS
Foto RTM
ABU DHABI,15 Januari-Lawatan kerja Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Abu Dhabi atas undangan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE),Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum,sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) disifatkan berjaya.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,hasil pertemuan strategik dengan Sheikh Mohammed Rashid dan Presiden UAE,Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan,kedua-dua negara memeterai pelbagai perjanjian penting yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala.
"Kita menganggap kunjungan ke UAE ini agak penting kerana kita sudah tingkatkan kerjasama dua hala itu ke tahap yang lebih menyeluruh",katanya demikian di sini.
Justeru,sewaktu lawatan kerja tiga hari di UAE bermula Ahad lalu,beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat dana kekayaan berdaulat negara berkenaan.
Pertemuan melibatkan tiga syarikat gergasi Negara Teluk itu dilihat membuahkan hasil positif.
Dalam pertemuan dengan syarikat Masdar,kerajaan memaklumkan akan memudah cara rancangan pelaburan Masdar di Malaysia secara usaha sama dengan syarikat tempatan bagi projek tenaga hijau,infrastruktur,bateri utama serta memperkukuh grid tenaga.
Bagi Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) pula,ia melibatkan projek berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan rangka kerja Ekonomi MADANI selain projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) iaitu pembuatan termaju.
Beliau turut menyambut baik hasrat ADIA untuk bekerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Kerjasama erat antara KHAZANAH dan Abu Dhabi dan pimpinan ADIA dengan dukungan pimpinanan negara,mereka anggap projek ini projek utama yang mereka akan berikan seluruh dukungan kepada KHAZANAH.
Beliau berkata pertemuan dengan Mubadala pula membincangkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan pembangunan infrastruktur berkaitan gas,selain pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan pemerangkapan,penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta projek di JS-SEZ.
Pada siri lawatan itu juga,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
Pada pembukaan Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW),Malaysia tuntut kebersamaan dalam mempromosi ASEAN sebagai blok yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya demi masa depan dan kemakmuran ASEAN.
Dalam pada itu,Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Perjanjian perdagangan bebas pertama dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu akan terus memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara.
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15