Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

KPDN perkukuh usaha lindungi hak cipta, harta intelek

2025-01-14 IDOPRESS

Menteri KPDN,Datuk Armizan Mohd Ali / Foto Bernama

PETALING JAYA,14 Januari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi bagi melindungi hak cipta serta pengurusan harta intelek di Malaysia.

Menterinya,Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebanyak 3,682 laman sesawang haram telah disekat dari tahun 2021 hingga November tahun lalu kerana menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik.

“Tindakan ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi libat urus seminar pengurusan harta intelek,di sini.

Tegas Armizan,perlindungan terhadap harta intelek penting bagi mewujudkan ekosistem yang kondusif,sekali gus menarik pelaburan asing.

“Syarikat asing akan mempertimbangkan sama ada harta intelek mereka dilindungi melalui komitmen kerangka perundangan serta strategi penguatkuasaan yang dilaksanakan kerajaan,” tambahnya.

Pada masa sama,Armizan berkata KPDN turut memperkenalkan Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) untuk mempergiat usaha membanteras pengedaran cetak rompak secara berleluasa di internet.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap