Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Tahun Melawat Selangor 2025, perkenal budaya & tradisi setiap daerah

2025-01-14 IDOPRESS

Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah turut berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Pemerkasaan Komuniti Mah Meri di Kampung Budaya Mah Meri Pulau Carey /FOTO RTM

KUALA LANGAT,14 Januari- Selangor kini bersiap sedia menjadikan Tahun Melawat Selangor 2025 sebagai platform untuk memperkenalkan kekayaan budaya dan tradisi unik di setiap daerah.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor,Datuk Borhan Aman Shah berkata,melalui kerjasama erat dengan NGO,pihak berkuasa tempatan,dan komuniti setempat,pelbagai program menarik telah dirancang.

Jelasnya,Inisiatif berkenaan diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa,sekali gus memartabatkan warisan budaya Selangor di peringkat global.

"Selain itu kita telah kenal pasti dah daerah-daerah yang mempunyai satu budaya,sebagai contoh Sepang,ada nasi ambeng,Kuala Langat ada tarian atau muzik cempuling,Sabak Bernam ada kuda kepang.

"Jadi kita memang sudah rancang supaya 2025 Tahun Melawat Selangor akan dipenuhi dengan berbagai festival sama ada makanan,budaya muzik,tarian dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikiaan selepas Majlis Pemerkasaan Komuniti Mah Meri di Kampung Budaya Mah Meri Pulau Carey.

Terdahulu,Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah turut berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap